• Hotline 1-300-30-2828
  • Email Address comms@jambatankedua.com.my

Sumbangan Topi Keledar Kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang (JPJPP)

Pada 25 Jun 2024 yang lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang menerima sumbangan 120 unit topi keledar dari JKSB di SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal. Majlis penyerahan ini dihadiri oleh Dato’ Faisal Shahbudin, Ketua Pegawai Eksekutif, JKSB dan Tuan Zulkifly Ismail, Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 30 unit topi keledar dewasa diberikan kepada pelajar terpilih, manakala 90 unit lagi diserahkan kepada JPJPP untuk digunakan semasa kempen keselamatan jalan raya yang berlangsung sepanjang tahun ini.

Sumbangan ini bertujuan untuk menambah bilangan topi keledar dalam kempen advokasi, terutamanya semasa musim perayaan, dengan spesifikasi SIRIM, berwarna cerah, dan tali keledar selamat. Matlamat utama adalah meningkatkan keselamatan penunggang motosikal, terutamanya pelajar sekolah, serta meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan topi keledar yang betul.

Kerjasama dalam program CSR ini diharapkan dapat memberi manfaat besar kepada komuniti di Pulau Pinang, khususnya dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya bagi penunggang motosikal.